anakmuar
PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA
      <description>PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA
SEK.MEN.SAINS MUAR,TANJUNG AGAS,
MUAR, JOHOR.
DARI 9.00 PAGI - 11 MALAM
22/7/2006 HINGGA 23/7/2006
PERASMIAN PADA JAM 8.45 MALAM
SABTU 22/7/2006
PENYANYI JEMPUTAN:
ZAHID AF3</description>
Seksaku selesai
      <description>SEKSAKU SELESAI......
Aku lewat ke office hari nie. Terlewat bangun. Bila aku sampai office, boss dah sampai. Tension... tension... Mangkuk hayun betul boss aku nie, apasallah datang awal? Tidolah lagi... Masa aku lewat dia awal pulak.
Aku tak matikan enjin kereta. Aku masuk ke office sekejap untuk ambil Form Kastam CJ5B dan keluar semula ke Kastam. Sampai kat kastam, officer tu belek-belek sikit dan cakap okey, Alhamdulillah... selamat aku. Macam nak mati aku buat benda tu... dah berapa hari tak settle-settle...
Masuk office aku tension semula. Baru aku teringat yang aku kena siapkan... (more)</description>
Aku balik kampung isteriku
      <description>Pagi itu kulihat isteriku sibuk berkemas untuk pulang ke kampungnya. Mengikut perancangan, beliau akan pulang ke kampung bersama adik iparku yang duduk di Taman Tanjung Indah menaiki bas. Namun pagi itu isteriku telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bersama kesemua anak-anakku.
Aku membantah cadangan beliau itu kerana sukar untuk menjaga ketiga-tiga anakku jika pulang dengan menaiki bas. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk balik ke kampung bersama mereka dengan menaiki kereta. Kami bertolak dari Muar pada jam 9.00 pagi selepas bersarapan di hadapan Hentian Bas Espress.
Sampai... (more)</description>
Rumah Terbuka Ke-2
      <description>Rumah Terbuka Ke-2
Hari nie raya yang ke-21. Orang kata raya dah habis tapi aku peduli apa. Pada aku raya adalah sebulan sebab kita berpuasa sebulan. Lagi pun dalam masa 21 hari tu bukan tiap-tiap hari kita beraya. Jadi hari ini aku buat rumah terbuka kedua untuk kawan-kawanku dan kawan-kawan isteriku.
Walaupun rumah aku buat rumah terbuka tapi aku tetap bekerja. Tinggal isteri aku sahaja yang masak. Emakku tak dapat menolong sebab beliau demam panas. Kesian juga aku tengok isteriku.
Pagi itu di tempat kerja aku 'menumpang' guna komputer Miss Tay sebab komputeru masuk... (more)</description>
Geram
      <description>Geram
Geram aku bila bebudak kat tempat kerja aku sangka aku dua hari tak kerja. Diaorang ingat aku ponteng ke? Diaorang tak tahu aku dua hari ke JB macam orang gila. Bukan dekat JB tu. Pergi balik dah 320km. Itu sehari. Kalau dua hari dah 640km aku 'berjalan'. Itu belum masuk seksanya menukar tayar yang pancit di bulan puasa dalam cuaca yang panas terik. Ah... Lantaklah diaorang....
Hari ini aku mendapat khabar seorang budak Myanmar telah dimasukkan ke dalam wad pada hari semalam. Aku tak sangka budak yang aku suruh Jeffry (driver) hantar ke hospital semalam mempunyai penyakit yang... (more)</description>
Tayar pancit di JB
      <description>Tayar pancit di JB
Oleh Anakmuar
Hari ini aku ke Johor Bahru lagi. Ini bermakna sudah dua hari berturut-turut aku ke sana untuk memperbaharui permit enam pekerja asing yang akan tamat pada 17/10/2005. Semuanya gara-gara talian komputer Imigresen JB 'off-line'. Aku bertolak dari rumah pada jam 7.30 pagi dan sampai di JB jam 9.35 pagi. Walaupun masih awal, kulihat Jabatan Imigresen Bahagian Pekerja Asing begitu sesak dengan manusianya. Pening aku melihatnya. 
Kepeninganku bertambah-tambah dan berganda-ganda apabila aku melihat memo yang menyatakan talian masih 'off-line'. Tensionnya.... (more)</description>
'Melancong' ke JB
      <description>'Melancong' ke JB
Aku ke JB hari ini. Aku bertolak agak lewat iaitu kira-kira jam 8.30 pagi. Enor menumpang keretaku ke tempat kerjanya. Aku sampai di JB kira-kira jam 11.00 pagi. 
Apabila aku melangkah masuk, aku lihat tidak ramai orang hari ini. Alamak! Gembiranya aku. Mesti cepat kerja aku hari ini. Namun sangkaanku meleset kerana orang tidak ramai disebabkan talian komputer 'off-line'. Patutlah.... Petugas yang bertugas di kaunter tidak mahu memberiku nombor. Aku merayu dan akhirnya aku dapat.
Aku sempat berbual dengan seorang 'personnel' yang bertugas di Pasir Gudang. Dia... (more)</description>
Lesen aku mati?
      <description>Aku terlewat bangun hari nie. Dekat pukul 7.15 pagi baru aku tersedar. Aku cepat-cepat bangun dan mandi. Nampaknya aku terlepas subuh hari nie.
Adik iparku e-Nor ingin meminjamku RM20. Semalam baru aje pinjam. hari nie dah pinjam lagi. Pening-pening.... Aku kemudiannya bertolak ke tempat kerja. Nasib baik tepat pukul 8.00 pagi aku sampai. Itu pun aku laju semacam. Kalau kereta aku ada kepak, dah tentu terbang punya.
Hari ini aku kena siapkan profil syarikat. Aku kena serahkan kat Puan Sabariah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Muar. Dekat pukul 10.30 pagi baru aku siap. 
Pukul... (more)</description>
Shopping kat bandar
      <description>Sebelum aku ke tempat kerja, aku menyerahkan wang dan meminta e-Nor untuk membayar kad kreditku di AmBank. Aku memintanya membayar pada waktu tengahari nanti.
Au kemudiannya singgah sekejap di  Maybank untuk memasukkan duit ke akaun ku. Entah macam mana aku terlupa untuk mengambil semula kadku dari mesin. Matilah aku...
Pukul 9.00 pagi aku menelefon Maybank dan pegawai yang bertugas memberitahu bahawa tiada masalah untuk aku mengambil kad itu semula. Aku kemudiannya memberi mesej kepada E-Nor dan memberitahu agar membatalkan pembayaran di AmBank.
Hari ini aku menyelongkar... (more)</description>
Nepal tipu aku
      <description>Aku betul-betul tension hari nie sebab kena tipu dengan dua 'ekor' Nepal. Pagi tu Bachan dengan Tika datang jumpa aku. Dia kata kad bank dia rosak. Aku yang bodoh nie pun percaya. Aku kata pukul 1.15 petang nanti aku hantar dia ke bank.
Pukul 1.15 petang aku hantar budak dua 'ekor' tu ke Alliance Bank Bakri. Aku beri pasport dia orang dan aku tunggu kat luar bank sambil baca surat khabar. Sampai pukul 1.45 petang aku tengok dia orang dah tak ada.</description>