|
Hari nie raya yang ke-21. Orang kata raya dah habis tapi aku peduli apa. Pada aku raya adalah sebulan sebab kita berpuasa sebulan. Lagi pun dalam masa 21 hari tu bukan tiap-tiap hari kita beraya. Jadi hari ini aku buat rumah terbuka kedua untuk kawan-kawanku dan kawan-kawan isteriku. Walaupun rumah aku buat rumah terbuka tapi aku tetap bekerja. Tinggal isteri aku sahaja yang masak. Emakku tak dapat menolong sebab beliau demam panas. Kesian juga aku tengok isteriku. Pagi itu di tempat kerja aku 'menumpang' guna komputer Miss Tay sebab komputeru masuk 'hospital' wad ICU sebab rosak. Dah lama rosak. Hari Jumaat lagi. Masa tu Mr. Tay (Dr.Komputer) kata hari Khamis baru siap. |
| Leave a Comment: |