|
Adik iparku e-Nor ingin meminjamku RM20. Semalam baru aje pinjam. hari nie dah pinjam lagi. Pening-pening.... Aku kemudiannya bertolak ke tempat kerja. Nasib baik tepat pukul 8.00 pagi aku sampai. Itu pun aku laju semacam. Kalau kereta aku ada kepak, dah tentu terbang punya. Hari ini aku kena siapkan profil syarikat. Aku kena serahkan kat Puan Sabariah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Muar. Dekat pukul 10.30 pagi baru aku siap. Pukul 11.01 pagi aku pergi ke Pejabat Pos untuk 'renew' Lesen Kereta. Lesen tu mati hari nie. Nasib baik tak kena 'block' masa aku bayar. Maklumlah saman aku banyak. Lepas tu baru aku 'binding' Profil Syarikat tu kat kedai. Masa aku sampai kat Imigresen, Puan Sabariah tengah 'meeting'. Nasib baik tak lama. Dia gembira sebab aku orang pertama yang hantar. Dia siap puji lagi profil yang aku buat sebab cantik dan lengkap. Miss Tan mintak tolong aku ambilkan 'rubber stamp' yang dia buat kat kedai depan 'bus station' Pagoh. Dia kata nama kedai tu 'Sin'. Bila aku pergi kat kedai tu, dia kata 'rubber stamp' tu tak ada. Alama! Takkan tak ada? Kat situ aku buat sekali salinan kunci rumah sebanyak 10 kunci. Harganya RM20. Ini bermakna sekeping kunci RM2. Biasa aku buat kat tempat lain RM1.50 sekeping aje. Cekik darah betul... Aku cuba cari lagi mana-mana kedai yang ada nama 'Sin". Rupa-rupanya tak jauh dari kedai tu pun ada kedai yang mempunyai nama yang sama. Salah kedai rupanya aku tadi. |
| dewi August 20, 2005 11:28 PM PDT ko mesti buat 101000000 supaya lesen ko tak lagi hilang | ||
| sampeng July 22, 2005 03:46 PM PDT nasib baik ko pegi kat kedai sin..kalu pegi kedai si mrs kasipillay kat depan bus stand tu lagi haru biru gelap jawabnyer...kahkahka.. | ||
| al_quazam July 19, 2005 02:03 AM PDT banyak noo ko buat kunci umah, sampai 10, nak kasi sapa pulak tu? | ||
| Leave a Comment: |