Wednesday, May 18, 2005
Anakku Aina malas ke sekolah?
Anakku Aina begitu 'liat' nak pergi ke sekolah. Tak tahulah mengapa. Dah beberapa hari macam tu. Macam ada yang tak kena kat sekolah. Sedangkan hari ni dia ada periksa. Bila aku pujuk barulah dia nak pergi.
Mungkin sebab dia dah lama tak seolah ke dia dah tak ada 'mood' nak sekolah? Entahlah.....
Posted at 09:20 am by
anakmuar
Permalink
Sunday, May 08, 2005
Pagi-pagi lagi aku dan Enor dah ke hospital melihat Aina. Isteriku berkata Aina dah boleh keluar hari nie. Alhamdullilah...
Lepas hantar Enor ke tempat kerja, aku kembali semula ke hospital. Aku menunggu sehingga pukul 11.00 pagi sebelum doktor membenarkan Aina pulang. Aku diminta mengambil ubat dan membuat pembayaran di kaunter 2. Aina dikenakan bayaran RM40 iaitu RM10 untuk X-Ray, RM12 untuk makmal dan RM18 untuk penginapan selama 6 hari. Murahnya... Kalau kat swasta aku ta tahu berapa agaknya. Aina juga beruntung sebab diberi status 'special' oleh Pakar Pemakanan. Dia diberi beberapa tin susu 'Enlene' yang bernilai RM72.
Makku terkejut apabila melihat Aina dah balik. Semua orang gembira Aina dah sihat.
Mak dan Bapak Yanna isteriku datang pada petang itu dari Selangor untuk melihat cucunya.
Posted at 11:21 pm by
anakmuar
Permalink
Thursday, May 05, 2005
Adik isteriku, Enor memintaku menghantarnya ke hospital pagi itu. Dia ingin menghantar makanan untuk anakku Aina dan isteriku.
Aku sampai di hospital lebih kurang pukul 7.30 pagi. Isteriku kata anakku demam lagi malam tadi tapi taklah sepanas semalam. Malam tadi 38 darjah celsius sahaja berbanding 39.4 darjah celsius semalam. Batuknya masih teruk. Doktor sedang mencuba antibiotik untuk sakit phomenia (radang paru-paru) anakku. Kalau tak sesuai antibotik tu, mereka akan cuba yang lain pula. Pukul 7.45 pagi aku bertolak ke tempat kerja.
Hari ini aku lewat 5 minit. Tak apalah. Aku rasa terlalu mengantuk hari ini. Tak tahulah mengapa. Aku kena siapkan pengiraan gaji hari ini. Aku cuba memakan pil demam sebanyak dua biji. Pukul 11.00 pagi Hak Hwee memintaku menghantar seorang pekerja Vietnam dan seorang pekerja Nepal ke klinik.
Pukul 1.10 petang aku ke hospital lagi. Anakku Aina dikehendaki berpuasa kerana doktor akan menebuk dadanya bagi mengeluarkan kahak berlebihan. Aku sampai kat office jam 2.20 petang.
Petang itu selepas balik kerja aku ke hospital lagi. Hari ini ramai yang datang seperti Mak Eton, Mak Badar, Nor, kedua-dua nenekku dan beberapa orang lagi. Nampaknya perancangan untuk mengeluarkan kahak Aina telah ditangguhkan. Pakar Pemakanan juga telah datang kerana anakku dikatakan terlalu kecil berbanding usianya.
Aku dan Enor balik pukul 8.15 malam. Kami makan dulu kat Parit Setongkat.
Posted at 12:43 pm by
anakmuar
Permalink
Wednesday, May 04, 2005
Hari kedua Aina di hospital
Aku nak pergi ke hospital pagi tu tapi tak sempat. Pukul 10.00 pagi aku menelefon isteriku dan dia berkata e-noe ada datang pagi tadi. Dia datang naik teksi.
Pukul 1.00 petang aku pergi ke hospital. Aku tengok isteri dan Aina sedang tidur. Penat agaknya. Mereka terkejut melihatku datang. Isteriku berkata Aina demam terlalu panas malam tadi. Suhunya 39.4 darjah celsius. Wow! Tinggi tu.... Aku tak lama kat sana. Aku sampai kat office pukul 2.00 petang.
Petang itu selepas kerja aku terus pergi ke hospital. Aku tak beli apa-apa. Emakku datang petang itu. Adikku di Melaka juga datang. Mereka balik pukul 7.30 petang. Aku kat hospital sampai pukul 8.00 malam. Malam itu aku tidur awal kerana kepalaku pening.
Posted at 12:49 pm by
anakmuar
Permalink
Tuesday, May 03, 2005
Aku hantar anakku kat hospital
Pagi itu aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja selepas mengambil Yanna, isteriku. Yanna kerja malam dan balik 7 pagi. Aku tengok anakku Aina masih tak baik demamnya. Hairan? Dah dua klinik pergi dan demamnya dah dekat lebih seminggu tapi tak baik-baik.
Aku serba-salah samada nak kerja atau tidak. Emak dan cikgu Aina mencadangkan agar aku menghantar anakku ke hospital. Aku terfikir ada betulnya cadangan tersebut. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak bekerja. Selepas menelefon bosku, aku membawa Aina dan Yanna ke hospital.
Aku sampai ke Klinik Komuniti Bandar Maharani kat hospital lebih kurang jam 8.45 pagi. Orang dah ramai. Pendaftaran Aina mengambil masa satu jam untuk selesai. Kemudian kami menunggu giliran doktor selama satu jam lagi. Anakku diminta mengambil x-ray dan Aina ditahan wad.
Aku mendaftarkan Aina di wad 17.
Selepas membelikan air dan sedikit makanan, aku pulang ke rumah untuk menyiapkan pakaian Aina dan Yanna.
Makku membantuku menyediakan pakaian Aina dan Yanna. Petang itu aku membawa e-nor sekali pergi ke kilang kira-kira jam 5.15 petang. Makku sampai di hospital terlebih awal dariku.
Seronok aku tengok Aina memakan ayam KFC yang dibeli oleh makku. Pukul 7.00 petang aku dan isteriku pulang ke rumah. E-nor menemankan Aina sementara isteriku pulang ke rumah.
Isteri mengemas beberapa barang yang perlu dibawa dan aku menghantarnya kembali ke hospital kira-kira jam 8.00 malam.
Posted at 11:00 pm by
anakmuar
Permalink
Monday, April 18, 2005
Ke Pudu Raya untuk bekerja dan menghantar Pak Mertua
Pagi-pagi lagi aku, bapa mertuaku dan adik iparku bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Pudu Raya. Aku sebenarnya kena out station ke Maybank KL, dan kesempatan itu aku ambil untuk menghantar bapa mertuaku.


Posted at 11:48 pm by
anakmuar
Permalink
Sunday, April 17, 2005
Gunung Ledang.... aku datang lagi. Kali nie aku dan keluarga pergi bersama bapa mertuaku dan adik iparku Hafiz yang baru datang dari Selangor.

Bapa mertuaku dan anakku

Aku dan anak-anakku

Isteriku Yanna dan anak-anak kami.
Posted at 11:27 pm by
anakmuar
Permalink
Friday, April 08, 2005
Aku dan keluarga ke Gunung Ledang hari tu.... Maklumlah hari nie cuti Hari Keputeraan Sultan Johor. Orang agak ramai hari nie. Kami mandi di tempat yang agak tersorok dari orang ramai.



Posted at 11:18 pm by
anakmuar
Permalink
Friday, February 11, 2005
Adikku Aiza yang baru bekerja setahun di sebuah syarikat 'forwarding' di KLIA memperolehi kereta Kelisa barunya hari ini.
Dia baru aje mengambilnya dari Perodua Bakri. Seronok betul aku tengok dia dengan kereta barunya. Maklumlah kereta baru.
Aku tahu perasaannya. Walaupun hanya sebuah kereta Kelisa 850 tapi ia amat bermakna jika ia lahir dari hasil titik peluh sendiri dan pertama.
Tengahari nie aku sembahyang kat Masjid Jamek Ke-2 Muar kat Tanjung Agas. Aku sempat juga ambik beberapa gambar sebelum sembahyang (sempat lagi tu...).

Posted at 07:58 pm by
anakmuar
Permalink
Wednesday, February 09, 2005
Jalan-jalan ke Segamat dan Bukit Kepong
Hari nie isteriku mengajakku untuk pergi ke Segamat. Katanya Noi bertunang hari nie. Noi satu tempat kerja dengan isteriku kat ST. Rumah sewa dia depan rumahku. Rasa tak sedap pulak kalau tak pergi. Isteriku mengajak Yan yang duduk kat Bukit Pasir untuk pergi sama.
Yan memintaku mengikut jalan Bukit Kepong dan Lenga untuk ke Segamat. Sebenarnya aku tak pernah ikut jalan tu untuk ke Segamat. Biasanya aku ikut Tangkak. Tapi bagus juga kalau aku cuba.
Perjalanan yang sepatutnya bermula jam 12.30 tengahari tertunda sehingga jam 1.15 petang. Kesian Yan menunggu kat depan rumah dia. Sampai hilang bedak.

Aku dapati jalan Muar-Bukit Kepong-Segamat boleh tahan jugak. Taklah banyak sangat selekoh macam jalan Muar-Tangkak-Segamat. Jalan dia pun tak banyak lopak (Takut tayar pecah lagi).
Aku sampai kat rumah Noi jam 1.00 petang. Cepat pulak aku rasa perjalanan yang jauhnya hampir 90km.
Masa kami sampai, rombongan meminang dari Pahang belum lagi sampai. Lebih kurang pukul 2.00 petang baru sampai. Sempat juga aku 'pasang telinga' nak tahu berapa hantarannya. RM5000 serba satu! Standard masa sekarang.
Semasa perjalanan balik, aku sempat singgah kat Bukit Kepong untuk mengambil gambar Balai Polis Bukit Kepong.
Posted at 11:27 pm by
anakmuar
Permalink