Jom Sembang !
   

<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Saturday, October 15, 2005
Geram

Geram

Geram aku bila bebudak kat tempat kerja aku sangka aku dua hari tak kerja. Diaorang ingat aku ponteng ke? Diaorang tak tahu aku dua hari ke JB macam orang gila. Bukan dekat JB tu. Pergi balik dah 320km. Itu sehari. Kalau dua hari dah 640km aku 'berjalan'. Itu belum masuk seksanya menukar tayar yang pancit di bulan puasa dalam cuaca yang panas terik. Ah... Lantaklah diaorang....

Hari ini aku mendapat khabar seorang budak Myanmar telah dimasukkan ke dalam wad pada hari semalam. Aku tak sangka budak yang aku suruh Jeffry (driver) hantar ke hospital semalam mempunyai penyakit yang teruk.

Tengahari itu jururawat di wad 7 Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar menelefonku dan memintaku ke hospital untuk membayar deposit RM400 dan berbincang dengan doktor.

Doktor memberitahuku Win Pal (pekerja Myanmar tersebut) mengidap penyakit saraf yang serius. Penyakit itu akan bermula dari kaki dan akan menuju ke bahagian tubuh pesakit. Ia akan menjadi kritikal jika ia merebak ke jantung dan boleh membawa maut. Penyakit ini merebak ke bahagian lain tubuh dalam jangkamasa yang panjang. Rawatan untuk penyakit ini juga mengambil masa yang panjang iaitu sekurang-kurangnya satu setengah bulan dan boleh mencecah tujuh bulan.

Doktor memberitahuku kos untuk 'scan' tubuh sahaja adalah RM2300. Ini tidak termasuk pengangkutan ambulans ke JB atau ke KL dan lain-lain kos. RM2300 untuk scan sahaja. Alamak! Mahalnya...

Caj penginapan hospital pula adalah RM80 sehari tidak termasuk ubat dan lain-lain. Boleh dikatakan kos keseluruhannya adalah lebih daripada RM12,000.

Selepas aku membayar deposit, aku kembali ke kilang. AKu berbincang dengan 'boss'ku dan dia bersetuju kos perubatan itu dikongsi bersama antara pekerja, keluarga pekerja, rakan-rakan dan syarikat sendiri.

Petang itu seorang rakanku, 'H', menelefon dan ingin meminjam wang sebanyak RM200. Beliau berkata rumahnya telah dimangga oleh tuan rumah kerana beliau tidak membayar sewa selama 3 bulan. Kesian aku mendengarnya. Aku mempunyai duit tetapi aku takut untuk meminjamkannya kerana aku pernah di'kapur' oleh beliau sebelum ini. Isterinya iaitu 'S' bekerja di syarikat yang sama denganku.

Aku kemudian menceritakan masalah 'H' dan 'S' itu kepada 'boss'ku kerana aku kesian kepada anak-anak mereka. Khabarnya anak-anak mereka terpaksa duduk di luar rumah dari petang sehingga malam sementara menunggu ayah mereka iaitu "H' yang bekerja out-station semalam. 'Boss'ku kemudian berjumpa 'S' dan memberi pinjam sebanya RM200. Alhamdulillah... lega rasanya.

Petang itu aku membawa isteri 'H' iaitu 'S' pulang ke rumahku. Sebelum itu aku mengambil dahulu anak-anaknya yang dijaga oleh pengasuh mereka. 'H' out-station lagi hari nie.

Aku dan isteriku menyediakan juadah berbuka puasa untuk 'S' dan anak-anaknya. Rumahku riuh hari tu apabila anak-anakku mula berkawan sesama mereka. 'H' tiba di rumahku kira-kira 9.30 malam. Selepas itu barulah mereka ke rumah tuan rumah untuk menjelaskan sewa....

Posted at 05:01 pm by anakmuar

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry