Sebelum aku ke tempat kerja, aku menyerahkan wang dan meminta e-Nor untuk membayar kad kreditku di AmBank. Aku memintanya membayar pada waktu tengahari nanti.
Au kemudiannya singgah sekejap di Maybank untuk memasukkan duit ke akaun ku. Entah macam mana aku terlupa untuk mengambil semula kadku dari mesin. Matilah aku...
Pukul 9.00 pagi aku menelefon Maybank dan pegawai yang bertugas memberitahu bahawa tiada masalah untuk aku mengambil kad itu semula. Aku kemudiannya memberi mesej kepada E-Nor dan memberitahu agar membatalkan pembayaran di AmBank.
Hari ini aku menyelongkar almari seorang pekerja Nepal yang diberitahu akan melarikan diri. Ternyata beg Sitaram sudah tidak ada di tempatnya. Kosong almarinya.Aku memaklumkan perkara itu kepada Hak Hwee. Hak Hwee kemudiannya pergi menemui Sitaram yang bekerja di Parit Bakar. Hak Hwee mengertak beliau sehingga mengaku. Ternyata Sitaram memang hendak melarikan diri. Beliau memberitahu Bachan dan Tika telah melarikan diri ke Ayer Keroh Melaka dan bekerja di kilang penyembelihan babi.
Pada pukul 1.30 petang, aku ke tempat kerja E-Nor untuk mengambil wangku semula. Klinik tempat kerjanya tutup. Waktu rehat rupanya. Aku menelefonnya tetapi dia memberitahu dia tak ada sedangkan aku mendengar bunyi deringan telefonnya. Akhirnya dia keluar juga. Geramnya aku. Asyik menipu aje.
Malam itu aku mengajak isteriku ke bandar untuk shopping sikit. Maklumlah dah lama tak 'shopping'. Aku membelikan buku untuk anak-anakku. Sebelum balik kami makan dulu kat Mc Donald. Aku kemudiannya mengambil E-Nor pulang dari tempat kerja. Malam itu aku merakam Diari Akademi Fantasia.