Friday, July 21, 2006
PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA

SEK.MEN.SAINS MUAR,TANJUNG AGAS,

MUAR, JOHOR.

DARI 9.00 PAGI - 11 MALAM

22/7/2006 HINGGA 23/7/2006

PERASMIAN PADA JAM 8.45 MALAM

SABTU 22/7/2006

PENYANYI JEMPUTAN:

ZAHID AF3


Posted at 06:12 pm by anakmuar
Apa pandangan anda?  

Seksaku selesai

SEKSAKU SELESAI......

Aku lewat ke office hari nie. Terlewat bangun. Bila aku sampai office, boss dah sampai. Tension... tension... Mangkuk hayun betul boss aku nie, apasallah datang awal? Tidolah lagi... Masa aku lewat dia awal pulak.

Aku tak matikan enjin kereta. Aku masuk ke office sekejap untuk ambil Form Kastam CJ5B dan keluar semula ke Kastam. Sampai kat kastam, officer tu belek-belek sikit dan cakap okey, Alhamdulillah... selamat aku. Macam nak mati aku buat benda tu... dah berapa hari tak settle-settle...

Masuk office aku tension semula. Baru aku teringat yang aku kena siapkan dokumen untuk Imigresen. Aku nak bagi ejen untuk apply 50 Bangladesh baru.

Aku pesan kat office mate aku supaya jangan kacau. Aku nak siapkan sebelum pukul 1.00 petang. Aku kena fotostat banyak benda dan buat beberapa surat rasmi. Gambar-gambar kilang yang ejen tu nak aku ambik dari gambar lama aje. Malas nak ambik gambar baru.

Pukul 1.00 petang aku siap dokumen tu. Pukul dua aku ke Dee Sin untuk ambik komisen bank guarantee. Dapatlah RM201. Jadilah....

Pukul 3.30 petang aku ke Maybank Parit Jawa.


Posted at 05:26 pm by anakmuar
Apa pandangan anda?  




Sunday, February 19, 2006
Aku balik kampung isteriku

Pagi itu kulihat isteriku sibuk berkemas untuk pulang ke kampungnya. Mengikut perancangan, beliau akan pulang ke kampung bersama adik iparku yang duduk di Taman Tanjung Indah menaiki bas. Namun pagi itu isteriku telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bersama kesemua anak-anakku.

Aku membantah cadangan beliau itu kerana sukar untuk menjaga ketiga-tiga anakku jika pulang dengan menaiki bas. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk balik ke kampung bersama mereka dengan menaiki kereta. Kami bertolak dari Muar pada jam 9.00 pagi selepas bersarapan di hadapan Hentian Bas Espress.

Sampai di kampung lebih kurang pukul 12.15 tengahari. Lebih kurang 3 1/4 jam aje. Kalau dulu sebelum jalan Kapar - Sabak Bernam siap, aku terpaksa mengambil masa 5 jam. Mana tak 5 jam kalau jalan berlubang dan bergelombang sana sini. Tapi itu sebelum raya yang lalu. Alhamdulillah.... segalanya dah senang...

Sampai-sampai aje aku terpaksalah 'rewang' sekejap. Berlakon baiklah katakan.... Maklumlah ramai sedara-sedara yang datang, nanti kalau duduk aje banyaklah mulut yang mengata....

Aku hampir-hampir terlewat untuk ke masjid bersembahyang magrib malam tu. Nasib baik sempat...

Sebaik sahaja aku selesai sembahyang, aku kembali ke rumah dan mendapati duit di dalam dompetku hilang sebanyak RM100. Ya Allah.... siapalah yang punya kerja nie... Duit tu penting untuk 'kecemasan' jika ada apa-apa berlaku dalam perjalanan balik malam nanti. Aku benar-benar tension malam tu. Kenduri malam tu pun aku tak ada 'mood'.

Pukul 11.00 malam aku bertolak pulang ke Muar bersama keluargaku. E-Nor tak ikut sekali. Dia balik esok. Aku bernasib baik kerana mak mertuaku memberikan RM100 untuk menganti RM100 yang hilang tadi. Lega rasanya...

Aku sampai di Muar lebih kurang pukul 3.00 pagi.


Posted at 11:02 pm by anakmuar
Comments (2)  




Wednesday, November 23, 2005
Rumah Terbuka Ke-2

Rumah Terbuka Ke-2

Hari nie raya yang ke-21. Orang kata raya dah habis tapi aku peduli apa. Pada aku raya adalah sebulan sebab kita berpuasa sebulan. Lagi pun dalam masa 21 hari tu bukan tiap-tiap hari kita beraya. Jadi hari ini aku buat rumah terbuka kedua untuk kawan-kawanku dan kawan-kawan isteriku.

Walaupun rumah aku buat rumah terbuka tapi aku tetap bekerja. Tinggal isteri aku sahaja yang masak. Emakku tak dapat menolong sebab beliau demam panas. Kesian juga aku tengok isteriku.

Pagi itu di tempat kerja aku 'menumpang' guna komputer Miss Tay sebab komputeru masuk 'hospital' wad ICU sebab rosak. Dah lama rosak. Hari Jumaat lagi. Masa tu Mr. Tay (Dr.Komputer) kata hari Khamis baru siap.

Posted at 11:49 pm by anakmuar
Apa pandangan anda?  




Saturday, October 15, 2005
Geram

Geram

Geram aku bila bebudak kat tempat kerja aku sangka aku dua hari tak kerja. Diaorang ingat aku ponteng ke? Diaorang tak tahu aku dua hari ke JB macam orang gila. Bukan dekat JB tu. Pergi balik dah 320km. Itu sehari. Kalau dua hari dah 640km aku 'berjalan'. Itu belum masuk seksanya menukar tayar yang pancit di bulan puasa dalam cuaca yang panas terik. Ah... Lantaklah diaorang....

Hari ini aku mendapat khabar seorang budak Myanmar telah dimasukkan ke dalam wad pada hari semalam. Aku tak sangka budak yang aku suruh Jeffry (driver) hantar ke hospital semalam mempunyai penyakit yang teruk.

Tengahari itu jururawat di wad 7 Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar menelefonku dan memintaku ke hospital untuk membayar deposit RM400 dan berbincang dengan doktor.

Doktor memberitahuku Win Pal (pekerja Myanmar tersebut) mengidap penyakit saraf yang serius. Penyakit itu akan bermula dari kaki dan akan menuju ke bahagian tubuh pesakit. Ia akan menjadi kritikal jika ia merebak ke jantung dan boleh membawa maut. Penyakit ini merebak ke bahagian lain tubuh dalam jangkamasa yang panjang. Rawatan untuk penyakit ini juga mengambil masa yang panjang iaitu sekurang-kurangnya satu setengah bulan dan boleh mencecah tujuh bulan.

Doktor memberitahuku kos untuk 'scan' tubuh sahaja adalah RM2300. Ini tidak termasuk pengangkutan ambulans ke JB atau ke KL dan lain-lain kos. RM2300 untuk scan sahaja. Alamak! Mahalnya...

Caj penginapan hospital pula adalah RM80 sehari tidak termasuk ubat dan lain-lain. Boleh dikatakan kos keseluruhannya adalah lebih daripada RM12,000.

Selepas aku membayar deposit, aku kembali ke kilang. AKu berbincang dengan 'boss'ku dan dia bersetuju kos perubatan itu dikongsi bersama antara pekerja, keluarga pekerja, rakan-rakan dan syarikat sendiri.

Petang itu seorang rakanku, 'H', menelefon dan ingin meminjam wang sebanyak RM200. Beliau berkata rumahnya telah dimangga oleh tuan rumah kerana beliau tidak membayar sewa selama 3 bulan. Kesian aku mendengarnya. Aku mempunyai duit tetapi aku takut untuk meminjamkannya kerana aku pernah di'kapur' oleh beliau sebelum ini. Isterinya iaitu 'S' bekerja di syarikat yang sama denganku.

Aku kemudian menceritakan masalah 'H' dan 'S' itu kepada 'boss'ku kerana aku kesian kepada anak-anak mereka. Khabarnya anak-anak mereka terpaksa duduk di luar rumah dari petang sehingga malam sementara menunggu ayah mereka iaitu "H' yang bekerja out-station semalam. 'Boss'ku kemudian berjumpa 'S' dan memberi pinjam sebanya RM200. Alhamdulillah... lega rasanya.

Petang itu aku membawa isteri 'H' iaitu 'S' pulang ke rumahku. Sebelum itu aku mengambil dahulu anak-anaknya yang dijaga oleh pengasuh mereka. 'H' out-station lagi hari nie.

Aku dan isteriku menyediakan juadah berbuka puasa untuk 'S' dan anak-anaknya. Rumahku riuh hari tu apabila anak-anakku mula berkawan sesama mereka. 'H' tiba di rumahku kira-kira 9.30 malam. Selepas itu barulah mereka ke rumah tuan rumah untuk menjelaskan sewa....

Posted at 05:01 pm by anakmuar
Apa pandangan anda?  




Thursday, October 13, 2005
Tayar pancit di JB

Tayar pancit di JB
Oleh Anakmuar

Hari ini aku ke Johor Bahru lagi. Ini bermakna sudah dua hari berturut-turut aku ke sana untuk memperbaharui permit enam pekerja asing yang akan tamat pada 17/10/2005. Semuanya gara-gara talian komputer Imigresen JB 'off-line'. Aku bertolak dari rumah pada jam 7.30 pagi dan sampai di JB jam 9.35 pagi. Walaupun masih awal, kulihat Jabatan Imigresen Bahagian Pekerja Asing begitu sesak dengan manusianya. Pening aku melihatnya.

Kepeninganku bertambah-tambah dan berganda-ganda apabila aku melihat memo yang menyatakan talian masih 'off-line'. Tensionnya. Aku mendapat nombor 2040 dan nombor terkini adalah 2010. Walaupun jarak dua nombor itu tidak jauh tetapi ia tidak bergerak-gerak. Walaubagaimanapun aku tetap akan menunggu sehingga talian 'on-line' semula.

Aku serba tak kena, sekejap aku tidur, sekejap aku bangun, sekejap aku ke kereta dan sekejap aku ke Imigresen semula namun nombor masih tidak bergerak. Kira-kira pukul 12.00 tengahari baru nombor bergerak tetapi agak perlahan. Akhirnya pukul 3.30 petang nomborku dipanggil jua setelah menunggu dari jam 9.35 pagi. Alhamdulillah.... akhirnya kerjaku selesai juga.

Sebelum balik aku membeli beberapa keping VCD di Jalan Wong Ah Fok. Sesampai sahaja aku di Tol Skudai, aku berhenti di tepi lebuh-raya untuk tidur kerana mataku begitu mengantuk. Apabila terjaga selepas 10 minit, aku bertolak semula.

Selepas beberapa meter keretaku bergerak, tiba-tiba kurasakan keretaku melayang ke kiri dan ke kanan serta tidak seimbang. Alamak! Keretaku pancit ke?
Tekaan dan sangkaanku benar kerana tayar kereta di bahagian belakang pancit terkena 3 paku. Terpaksalah aku menukar tayar tersebut dalam keadaan cuaca panas terik. Nasibku bertambah malang kerana tayar 'spare'ku juga lembik. Aku tekad untuk memandu juga walaupun ia tahu tayar 'spare'ku itu lembik. Aku memandu sekitar 80 km/jam sahaja sehingga ke Hentian Machap. Aku rasa dekat 45km aku bawak perlahan macam tu. Lori yang bawak perlahan pun dapat memotong aku.

Lepas aku mengepam tayar barulah aku memecut. Apabila keluar dari lebuh-raya di Tol Pagoh, aku mencari kedai tayar. Nasib baik kedai tayar tidak jauh dari tol.

Aku bernasib baik kerana paku tersebut tidak mengenai tepi tayar. Kalau tidak terpaksa aku menggantikan dengan tayar baru macam yang pernah aku alami beberapa kali sebelum ini. Aku kena caj RM6 sahaja.

Sampai rumah dah pukul 6.00 petang. Aku tengok cucu Kak Rahmah iaitu jiranku sedang dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Kesian aku tengok Kak Rahmah.  Cucunya yang berumur 2 tahun tu meninggal sebab kena paru-paru jangkitan kuman. Dah seminggu kat ICU hospital Muar.

Aku dan isteriku pergi ke pasar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa petang ini. Hari ini seperti hari-hari yang lalu, aku dan keluargaku berbuka di rumah mak. Malam itu aku tertidur awal di atas kerusi.

Posted at 11:27 pm by anakmuar
Comments (1)  




Wednesday, October 12, 2005
'Melancong' ke JB

'Melancong' ke JB

Aku ke JB hari ini. Aku bertolak agak lewat iaitu kira-kira jam 8.30 pagi. Enor menumpang keretaku ke tempat kerjanya. Aku sampai di JB kira-kira jam 11.00 pagi.

Apabila aku melangkah masuk, aku lihat tidak ramai orang hari ini. Alamak! Gembiranya aku. Mesti cepat kerja aku hari ini. Namun sangkaanku meleset kerana orang tidak ramai disebabkan talian komputer 'off-line'. Patutlah.... Petugas yang bertugas di kaunter tidak mahu memberiku nombor. Aku merayu dan akhirnya aku dapat.

Aku sempat berbual dengan seorang 'personnel' yang bertugas di Pasir Gudang. Dia asalnya orang Muar rupanya. Kami berbual hingga tak sedar dah petang.

Aku menunggu sehingga pukul 4.00 petang tapi hampa kerana talian masih 'off-line'. Geramnya... Sia-sia aku ke sini hari ini. Aku bertolak balik dan sampai di rumah pada pukul 6.00 petang.

Posted at 11:02 pm by anakmuar
Apa pandangan anda?  




Wednesday, July 13, 2005
Lesen aku mati?

Aku terlewat bangun hari nie. Dekat pukul 7.15 pagi baru aku tersedar. Aku cepat-cepat bangun dan mandi. Nampaknya aku terlepas subuh hari nie.

Adik iparku e-Nor ingin meminjamku RM20. Semalam baru aje pinjam. hari nie dah pinjam lagi. Pening-pening.... Aku kemudiannya bertolak ke tempat kerja. Nasib baik tepat pukul 8.00 pagi aku sampai. Itu pun aku laju semacam. Kalau kereta aku ada kepak, dah tentu terbang punya.

Hari ini aku kena siapkan profil syarikat. Aku kena serahkan kat Puan Sabariah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Muar. Dekat pukul 10.30 pagi baru aku siap.

Pukul 11.01 pagi aku pergi ke Pejabat Pos untuk 'renew' Lesen Kereta. Lesen tu mati hari nie. Nasib baik tak kena 'block' masa aku bayar. Maklumlah saman aku banyak. Lepas tu baru aku 'binding' Profil Syarikat tu kat kedai.

Masa aku sampai kat Imigresen, Puan Sabariah tengah 'meeting'. Nasib baik tak lama. Dia gembira sebab aku orang pertama yang hantar. Dia siap puji lagi profil yang aku buat sebab cantik dan lengkap.

Miss Tan mintak tolong aku ambilkan 'rubber stamp' yang dia buat kat kedai depan 'bus station' Pagoh. Dia kata nama kedai tu 'Sin'. Bila aku pergi kat kedai tu, dia kata 'rubber stamp' tu tak ada. Alama! Takkan tak ada? Kat situ aku buat sekali salinan kunci rumah sebanyak 10 kunci. Harganya RM20. Ini bermakna sekeping kunci RM2. Biasa aku buat kat tempat lain RM1.50 sekeping aje. Cekik darah betul...

Aku cuba cari lagi mana-mana kedai yang ada nama 'Sin". Rupa-rupanya tak jauh dari kedai tu pun ada kedai yang mempunyai nama yang sama. Salah kedai rupanya aku tadi.

Posted at 03:41 pm by anakmuar
Comments (2)  




Tuesday, July 12, 2005
Shopping kat bandar

Sebelum aku ke tempat kerja, aku menyerahkan wang dan meminta e-Nor untuk membayar kad kreditku di AmBank. Aku memintanya membayar pada waktu tengahari nanti.

Au kemudiannya singgah sekejap di  Maybank untuk memasukkan duit ke akaun ku. Entah macam mana aku terlupa untuk mengambil semula kadku dari mesin. Matilah aku...

Pukul 9.00 pagi aku menelefon Maybank dan pegawai yang bertugas memberitahu bahawa tiada masalah untuk aku mengambil kad itu semula. Aku kemudiannya memberi mesej kepada E-Nor dan memberitahu agar membatalkan pembayaran di AmBank.

Hari ini aku menyelongkar almari seorang pekerja Nepal yang diberitahu akan melarikan diri. Ternyata beg Sitaram sudah tidak ada di tempatnya. Kosong almarinya.Aku memaklumkan perkara itu kepada Hak Hwee. Hak Hwee kemudiannya pergi menemui Sitaram yang bekerja di Parit Bakar. Hak Hwee mengertak beliau sehingga mengaku. Ternyata Sitaram memang hendak melarikan diri. Beliau memberitahu Bachan dan Tika telah melarikan diri ke Ayer Keroh Melaka dan bekerja di kilang penyembelihan babi.

Pada pukul 1.30 petang, aku ke tempat kerja E-Nor untuk mengambil wangku semula. Klinik tempat kerjanya tutup. Waktu rehat rupanya. Aku menelefonnya tetapi dia memberitahu dia tak ada sedangkan aku mendengar bunyi deringan telefonnya. Akhirnya dia keluar juga. Geramnya aku. Asyik menipu aje.

Malam itu aku mengajak isteriku ke bandar untuk shopping sikit. Maklumlah dah lama tak 'shopping'. Aku membelikan buku untuk anak-anakku. Sebelum balik kami makan dulu kat Mc Donald. Aku kemudiannya mengambil E-Nor pulang dari tempat kerja. Malam itu aku merakam Diari Akademi Fantasia.

Posted at 11:51 pm by anakmuar
Comments (1)  




Monday, July 11, 2005
Nepal tipu aku

Aku betul-betul tension hari nie sebab kena tipu dengan dua 'ekor' Nepal. Pagi tu Bachan dengan Tika datang jumpa aku. Dia kata kad bank dia rosak. Aku yang bodoh nie pun percaya. Aku kata pukul 1.15 petang nanti aku hantar dia ke bank.

Pukul 1.15 petang aku hantar budak dua 'ekor' tu ke Alliance Bank Bakri. Aku beri pasport dia orang dan aku tunggu kat luar bank sambil baca surat khabar. Sampai pukul 1.45 petang aku tengok dia orang dah tak ada.

Posted at 10:51 pm by anakmuar
Comments (2)  




Next Page

Jom Sembang !
   







<< June 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed